Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

KONSENSUS MADANI bukan sekadar konsep politik semasa, sebaliknya merupakan satu agenda besar untuk membangunkan Malaysia yang lebih adil dan inklusif, demikian tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Menurut Ismail, politik sewajarnya dilihat sebagai suatu medan suci yang bertujuan untuk membina negara, bukannya sekadar perebutan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Bila kita bicara tentang politik, akhirnya kata kuncinya ialah kuasa. Tetapi apa yang membezakan ialah kuasa itu digunakan untuk apa. Politik itu sendiri suci, tetapi orang politik itu yang kena faham tujuan sebenar berpolitik,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah yang disiarkan pada Jumaat.

Beliau menegaskan bahawa Konsensus MADANI diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai jawapan kepada keperluan membina konsensus nasional yang baharu, yang berlandaskan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Ismail menyifatkan usaha kerajaan hari ini sebagai satu iltizam besar dalam memperbetulkan struktur ekonomi negara secara menyeluruh, dengan pendekatan yang bersifat berperingkat dan berstrategi.

“Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bersungguh-sungguh membaiki struktur ekonomi negara. Jangan nanti bila sudah tiada kuasa baru hendak ratib, ‘ini patut dibuat’,” katanya lagi.

Jelas beliau, para pemimpin yang diamanahkan kuasa hari ini harus berani melaksanakan reformasi ekonomi dan institusi meskipun berdepan dengan cabaran politik dan persepsi masyarakat yang kompleks.

Dalam pada itu, Ismail turut menggambarkan Kabinet Kerajaan Perpaduan sebagai sebuah entiti yang unik kerana ia terdiri daripada pelbagai parti yang mempunyai idealisme berbeza namun mampu bersatu melalui semangat Konsensus MADANI.

“Konsensus MADANI ini bukan sekadar duduk bersama. Ia bermakna kita memilih untuk tidak fokus pada perbezaan, tetapi mencari titik persamaan demi memadanikan negara ini,” jelas beliau.

Tambahnya, semua pihak yang terlibat dalam kerajaan perlu memahami bahawa mereka kini memikul tanggungjawab besar untuk memastikan kelangsungan negara dan kebajikan rakyat, khususnya dalam menangani cabaran legasi ekonomi yang diwarisi.

“Apa yang kita persetujui ialah kita mewarisi beban ekonomi yang perlu segera diuruskan kerana ia berkait rapat dengan kemampuan negara untuk menjaga kebajikan rakyat dan masa depan anak-anak,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan