Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

KABONG – Kabong bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025, acara maraton pantai bertaraf antarabangsa pertama yang dianjurkan di Sarawak.

Acara ini dilihat sebagai langkah strategik memperkenalkan Kabong ke pentas dunia melalui pelancongan sukan yang kian mendapat sambutan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, penganjuran KIBTM bukan sahaja menjadi platform promosi pelancongan, malah mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat seterusnya memperkukuh jaringan hubungan antarabangsa.

“Kita ingin memastikan Kabong dikenali bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan, tetapi juga sebagai penganjur acara bertaraf antarabangsa yang berkualiti dan berprestij,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat KIBTM Bil. 2/2025 yang berlangsung di Pusat Khidmat ADUN Kabong pada petang Jumaat.

Setakat ini, 18 buah negara telah mengesahkan penyertaan termasuk Australia, Belgium, Brunei, Kanada, England, Perancis, India, Indonesia, Ireland, Jepun, Kenya, Malaysia, Belanda, Portugal, Filipina, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Acara maraton dijadual berlangsung dari 13 hingga 16 September 2025, dengan perlumbaan utama berlangsung pada 14 September 2025.

Mesyuarat tersebut turut membincangkan pelbagai aspek penting termasuk status terkini persiapan, agihan tugas, serta koordinasi antara agensi demi memastikan kelancaran penganjuran.

KIBTM 2025 dijangka menjadi antara acara sukan pelancongan yang paling dinanti di Sarawak tahun ini, dengan tumpuan diberikan kepada keindahan laluan pantai serta penyertaan pelari elit dari seluruh dunia.

Related Posts

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

KAJANG – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu baja di Kedah kini hampir selesai selepas 37 saksi dirakam keterangan, termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

SANDAKAN – Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat segera bagi menyokong perkembangan sektor perindustrian di kawasan itu, khususnya menjelang sasaran bekalan gas ke Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sandakan pada 2029.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

  • By Fandi
  • September 19, 2026
UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen