Warga emas maut tersepit nahas libatkan dua lori

MUKAH – Seorang lelaki warga emas maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua lori di Pangkalan Lobang, Jalan Temesu pada tengah hari Sabtu.

Mangsa, Sulai Jamil, 69, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas lori dipandunya yang membawa muatan arang batu bertembung dengan sebuah lagi lori dalam kejadian sekitar jam 12.23 tengah hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, PBK II (TBBK I) Mohamad Ikhmal Mahdi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.23 tengah hari sebelum sebuah jentera bersama pasukan penyelamat digerakkan ke lokasi sejauh 45 kilometer.

“Setibanya di tempat kejadian pada jam 1.15 petang, pasukan mendapati berlaku kemalangan membabitkan dua lori dengan seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian kabin.

“Pasukan bomba segera menjalankan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 1.42 petang namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, pemandu lori kedua tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok