Pemeriksaan kesihatan bergerak luar bandar diperluas

TAWAU – Inisiatif murni petugas Klinik Kesihatan Tawau memberi rawatan kepada seorang pesakit kanser warga emas di kediamannya di Kampung Sri Bombalai Laut, Merotai, pada Khamis wajar menjadi contoh sekali gus memperkasa pemeriksaan kesihatan khususnya di kawasan luar bandar.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, usaha itu selaras hasrat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad agar komuniti luar bandar dan pedalaman akses kepada perkhidmatan kesihatan tanpa perlu ke fasiliti kesihatan.

“Terdapat kes pesakit khususnya warga emas tidak dapat menjalani rawatan atau pemeriksaan kesihatan kerana berdepan masalah akses ke klinik dan hospital, sama ada akibat ketiadaan kenderaan sesuai atau sakit terlantar,” katanya kepada media di sini, pada Jumaat.

Menurut Liew, pada Rabu beliau menyantuni warga emas berumur 80 tahun yang terlantar sakit akibat kanser perut dan buah pinggang.

Semasa ziarahnya, Liew turut menyumbangkan beberapa barangan keperluan termasuk lampin pakai buang kepada pesakit dalam usaha meringankan beban keluarga.

“Melihat keadaan pesakit yang tidak dapat bergerak, saya segera menghubungi Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr Shameer Khan Sulaiman bagi meminta ihsan bantuan pemeriksaan kesihatan ke atas pesakit di kediamannya.

“Kurang 24 jam, saya dimaklumkan pihak keluarga pesakit, seorang doktor dan petugas Klinik kesihatan Tawau datang ke rumah untuk melakukan pemeriksaan ke atas pesakit.

“Turut dikongsikan kaedah penjagaan dan rawatan pesakit yang betul selain pemantauan berterusan daripada pihak hospital,” tambahnya.

Sehubungan itu, Liew memuji tindakan petugas Klinik Kesihatan Tawau yang banyak memberi manfaat khususnya kepada pesakit bagi mendapatkan akses rawatan.

“Terima kasih kepada Klinik Kesihatan Tawau dan Kementerian Kesihatan kerana sentiasa berusaha membantu orang kampung di kawasan pedalaman khususnya di Merotai sehingga mereka mudah mendapat akses rawatan kesihatan di rumah,” ujarnya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut