MCMC tawar biasiswa bidang komunikasi, multimedia

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan dua program biasiswa – Biasiswa MCMC LEGASI dan Biasiswa MCMC CARE – bagi membentuk bakat masa depan dalam sektor komunikasi dan multimedia di negara ini.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, ini adalah kali pertama suruhanjaya itu menawarkan biasiswa sebagai satu inisiatif mencerminkan komitmen jangka panjang dalam membangunkan barisan bakat berkemahiran tinggi serta memajukan sektor komunikasi dan multimedia negara.

MCMC memaklumkan, kedua-dua biasiswa berkenaan menyediakan pembiayaan penuh serta pendedahan industri secara berstruktur bagi melengkapkan bakat muda Malaysia dengan kemahiran dalam bidang seperti telekomunikasi, media, dasar pengawalseliaan, keselamatan siber dan Internet of Things (IoT).

“Biasiswa ini menunjukkan komitmen MCMC melahirkan bakat muda yang dapat menyokong kemajuan digital negara.

“Melalui peluang berdasarkan merit dan keperluan, MCMC membantu golongan belia berkembang, menyumbang secara bermakna dan membina masa depan dalam bidang komunikasi dan multimedia,” katanya.

MCMC turut memaklumkan, Biasiswa MCMC LEGASI (Leaders of the Next-Generation Scholarship) adalah biasiswa berasaskan merit yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan komunikasi dan multimedia di universiti terkemuka dalam atau luar negara.

“Selain pembiayaan penuh bagi yuran pengajian dan kos sara hidup, program ini turut menawarkan penempatan latihan industri serta jaminan pekerjaan di MCMC.

“Penerima biasiswa akan didedahkan kepada bidang seperti pembangunan peraturan, infrastruktur digital, inovasi dasar dan keselamatan rangkaian.

“Mereka juga akan menerima latihan dan pensijilan dalam pelbagai kemahiran bagi memastikan mereka bersedia untuk memimpin sektor ini selepas tamat pengajian,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Biasiswa MCMC CARE pula biasiswa berasaskan keperluan – bertujuan membantu pelajar berpotensi tinggi daripada komuniti kurang berkemampuan – untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan.

“Selain bantuan kewangan penuh, para penerima biasiswa juga akan mendapat peluang menjalani latihan industri di MCMC,” katanya.

Permohonan bagi kedua-dua program biasiswa itu dibuka bermula 24 Jun hingga 24 Julai 2025 dan sebarang makluman terkini akan dikongsikan menerusi platform media sosial rasmi MCMC.

“Penerima biasiswa yang berjaya akan dihubungi pada Ogos 2025.

“Untuk maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan dan permohonan dalam talian, sila layari: https://mcmc.gov.my/academy/en/scholarships-1,” katanya.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok