Iran dakwa alih bahan nuklear sebelum serangan AS

IRAN mendakwa telah mengalihkan bahan-bahan penting dari tiga tapak nuklearnya sebelum serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel semalam.

Menurut Timbalan Ketua Bahagian Politik Penyiaran Negara Iran, langkah pengalihan bahan itu dibuat lebih awal bagi mengelakkan kemusnahan kepada aset penting negara berkenaan.

“Sebahagian kawasan di tapak nuklear Fordow telah menjadi sasaran serangan udara oleh pihak musuh,” menurut kenyataan Pejabat Gabenor Wilayah Qom seperti yang dilaporkan oleh Anadolu.

Timbalan Gabenor Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Undang-undang Wilayah Isfahan turut mengesahkan berlakunya serangan berhampiran kemudahan nuklear di Isfahan dan Natanz.

Sementara itu, tentera Israel mengisytiharkan status berjaga-jaga penuh, menggantung sesi persekolahan, melarang sebarang perhimpunan awam serta menghentikan operasi kerja tidak penting sebagai langkah berjaga-jaga susulan serangan tersebut.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam satu kenyataan di platform Truth Social, mengesahkan bahawa tentera negaranya telah bergabung dengan Israel untuk melancarkan serangan ke atas Iran.

“Kami telah melengkapkan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear Iran, termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan,” tulis beliau.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula