Lelaki maut dalam nahas libat empat kenderaan

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki menemui ajal dalam satu kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kampung Merbau Tua, Jalan Baling-Kuala Kangsar, di sini pada Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Megat Muhammad Ikram Megd Aden, 33, berasal dari Kampung Luat, Lenggong.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 1.32 petang.

“Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan operasi menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati sebuah Proton Waja yang datang dari arah Kuala Kangsar bertembung dengan lori Daihatsu dua tan, sebelum dua lagi kenderaan, iaitu Honda dan Toyota Hilux, turut terlibat dalam perlanggaran berangkai itu.

“Mangsa, seorang lelaki berusia 33 tahun yang menaiki Proton Waja ditemukan tidak tersepit namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Dua lelaki dalam lori mengalami kecederaan ringan, manakala seorang wanita dalam kereta Honda terselamat tanpa sebarang kecederaan.

“Pemandu Toyota Hilux pula dilaporkan telah pergi ke balai polis berhampiran sebelum ketibaan pihak bomba dan status kecederaannya masih belum diketahui,” jelasnya.

Tambah Sabarodzi, ketua operasi mengaktifkan pendekatan SAVER (Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dan mengarahkan anggota menstabilkan serta mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala dua mangsa cedera ringan dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.50 petang.

Related Posts

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

JERANTUT – Projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Kota Gelanggi 1, di sini, berjaya disiapkan 310 hari lebih awal daripada jadual asal. Ia sekali gus membolehkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

BERA – Penggunaan dron berpotensi meningkatkan kecekapan perkhidmatan perubatan di negara ini susulan hasil kajian mendapati teknologi itu mampu menjimatkan masa. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus