UMNO Kalabakan komited angkat mutu pendidikan daerah

KALABAKAN – UMNO Kalabakan berkomitmen penuh dalam memperjuangkan pelbagai inisiatif bagi mempertingkatkan mutu pendidikan di daerah ini demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selamat dan menyeluruh.

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop berkata, usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan di daerah ini.

“Usaha ini termasuk menambah baik kemudahan Tabika dan Taska KEMAS agar lebih kondusif dan selamat selain memastikan pendidik KEMAS menerima latihan berkualiti sebagai barisan hadapan pendidikan awal negara.

“Selain itu, kita juga akan membawa suara pendidikan Kalabakan ke peringkat nasional termasuk memperjuangkan penubuhan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan kampus tetap Politeknik Tawau,” katanya semasa merasmikan Program Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika dan Taska KEMAS Peringkat Parlimen Kalabakan 2025, di sini, pada Ahad.

Samasuddin yang juga Pengerusi Majlis Penerangan dan Media Baharu UMNO Sabah menegaskan, pendidikan awal bukan sekadar proses akademik, sebaliknya satu bentuk jihad pendidikan yang perlu digalas bersama oleh ibu bapa, pendidik dan masyarakat.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Program seperti ini bukan sekadar bengkel teori, tetapi wadah memperkasa peranan ibu bapa agar menjadi pendidik pertama yang celik ilmu dan penuh kasih sayang.

“Anak-anak bukan hanya perlu makan dan pakaian, tetapi juga pelukan, perhatian serta kata-kata yang membina jiwa.

“Sebab itu, UMNO Kalabakan akan terus memperjuangkan pendidikan sebagai senjata paling ampuh untuk membebaskan rakyat daripada belenggu kemiskinan dan ketinggalan,” tegasnya.

Beliau turut menyeru semua pihak agar berganding bahu membina masa depan Kalabakan yang lebih cemerlang melalui pendidikan holistik yang berteraskan kasih sayang, disiplin dan ilmu.

“Kita mahu anak-anak Kalabakan bukan sekadar berjaya masuk ke universiti, tetapi kembali sebagai pemimpin beradab, berjaya dan tahu menghargai jasa ibu bapa serta guru,” katanya.

Related Posts

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

KOTA KINABALU – Petronas dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah melancarkan dua platform digital bagi mempertingkat pembangunan tenaga kerja industri minyak dan gas. Pengarah Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

LUMUT – Amalan membayar gaji di bawah kadar gaji minimum, menggaji pekerja asing tanpa mematuhi prosedur serta gagal menyediakan kontrak pekerjaan antara pelbagai pelanggaran undang-undang yang dikesan menerusi Operasi Bersepadu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

Operasi JTF banteras penyeludupan barang subsidi, rokok bernilai lebih RM660, 000

Operasi JTF banteras penyeludupan barang subsidi, rokok bernilai lebih RM660, 000

Tiga individu ditahan ceroboh kawasan larangan Jambatan Pulau Pinang

Tiga individu ditahan ceroboh kawasan larangan Jambatan Pulau Pinang

Kerajaan Persekutuan lulus RM70 juta naik taraf Bulatan Pujut 3 di Miri

Kerajaan Persekutuan lulus RM70 juta naik taraf Bulatan Pujut 3 di Miri

Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor

Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor