Peningkatan penyakit tidak berjangkit akibat malpemakanan jadi fokus utama

SANDAKAN – Peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat malpemakanan di Sabah menjadi tumpuan utama dalam program Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Negeri Sabah dan Program Jom Sihat Sandakan 2025.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Maria Suleiman berkata, malpemakanan bukan sahaja merujuk kepada kekurangan zat makanan tetapi turut melibatkan pengambilan kalori dan nutrien yang berlebihan sehingga mengundang pelbagai masalah kesihatan.

“Kesan daripada pemakanan berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti diabetes, dislipidemia dan tekanan darah tinggi.

“Sebagai contoh, ‘prevalens’ diabetes di Sabah meningkat daripada 5.7 peratus pada 2011 kepada 8.8 peratus pada 2023 manakala kes dislipidemia meningkat daripada 31 peratus kepada 32 peratus dalam tempoh yang sama,” katanya kepada media selepas merasmikan program tersebut sempena Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Negeri Sabah dan Program Jom Sihat Sandakan 2025 bertempat di Sejati Walk, di sini pada Sabtu.

Beliau turut berkata, masalah berat badan ‘overweight’ juga semakin membimbangkan apabila statistik menunjukkan peningkatan dari 28 peratus kepada 30.9 peratus manakala kegemukan obesiti hampir dua kali ganda daripada 10.6 peratus pada 2011 kepada 19.5 peratus pada 2023.

Selain itu, Dr Maria turut berkongsi data mengenai kes strok baharu yang dikesan di hospital utama di negeri ini iaitu 2.98 kes di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan 1.98 kes di Hospital Duchess of Kent (HDOK) bagi tahun 2024 yang jelas berkait rapat dengan masalah tekanan darah tinggi.

“Kami berharap agar semua lapisan masyarakat, khususnya di Sabah mengambil inisiatif untuk mengawal pemakanan mereka dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Pemakanan sihat serta aktiviti fizikal yang konsisten adalah langkah pencegahan yang penting,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, Malaysia kini berdepan dengan beban berganda malpemakanan kekurangan zat makanan di satu pihak dan lebihan kalori serta nutrisi tidak seimbang di pihak lain.

Beliau berkata, keadaan ini turut menyumbang kepada peningkatan kes penyakit tidak berjangkit, termasuk dalam kalangan golongan muda.

Katanya, program yang berlangsung hari ini turut memberi penekanan kepada aspek pemulihan pasca-strok yang sering terpinggir dalam pendekatan kesihatan awam.

“Kempen ini menyasarkan individu berisiko tinggi, pesakit, penjaga dan masyarakat umum, dengan pelbagai aktiviti seperti saringan kesihatan, ceramah kesihatan, pameran pemakanan, kaunseling dietetik, terapi pertuturan dan permainan interaktif,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Maria memuji kerjasama pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta dalam menjayakan program ini yang menekankan pendekatan menyeluruh dan inklusif.

“Pendekatan ini sejajar dengan aspirasi Dasar Pemakanan Kebangsaan yang menekankan sistem makanan yang lestari dan akses kepada pemakanan sihat untuk semua.

“Saya menyeru kepada semua yang hadir agar menjadi duta dan agen perubahan menyebarkan ilmu yang diperoleh hari ini kepada keluarga, rakan dan komuniti.

“Sesungguhnya, tanggungjawab menjaga kesihatan bukan hanya terletak di bahu pihak kesihatan semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab bersama sebagai rakyat yang prihatin dan berilmu,” ujarnya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar