PKR Kota Belud seru kesepaduan jentera hadapi PRN17 Sabah

KOTA BELUD – Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Belud, Panil Kota menyeru semua jentera parti khususnya di Kota Belud agar bersatu dan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Beliau berkata, PRN yang bakal tiba ini adalah ujian penting terhadap kesepaduan dalaman parti.

“Kita berhimpun sebagai jentera hari ini untuk mendengar taklimat pilihan raya dalam memastikan kesiapsiagaan cabang menghadapi PRN Sabah, seruan kesepaduan dan kesiapsiagaan.

“Pilihan raya akan datang adalah ujian kepada kesepaduan kita selepas pemilihan parti baru-baru ini,” katanya dalam ucapan sempena Taklimat Pengurusan Pilihan Raya dan Elmas Parti Keadilan Cabang Kota Belud di Dewan Pencarian Bersama, di sini pada Khamis.

Beliau menekankan bahawa keutamaan PKR Sabah adalah untuk memperjuangkan agenda rakyat dan perjuangan tempatan.

“Agenda rakyat dan perjuangan tempatan akan terus menjadi keutamaan PKR,” tegasnya.

Tambahnya, PKR akan terus menjadi lambang keadilan, ketelusan dan pejuangan rakyat biasa.

Panil turut menyeru semua jentera dari peringkat akar umbi, pusat daerah mengundi (PDM), Polling Agent (PA), Counting Agent (CA), Barung Agent (BA) – PACABA yang merujuk kepada petugas pilihan raya di peringkat saluran undi, hingga ke jentera media sosial untuk bergerak sebagai satu pasukan.

Sebagai rekod, taklimat yang bertujuan untuk mempersiapkan jentera dalam menghadapi PRN17 Sabah itu dihadiri seramai 100 orang jentera PKR.

Turut hadir Naib Ketua Cabang Kota Belud, Milus Alu@Abd Wahad.

Related Posts

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

IPOH – Seekor harimau belang betina seberat 94 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas memasuki perangkap yang dipasang berhampiran sebuah kandang lembu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

GEORGE TOWN – Tiada sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH