Karnival Gawai Dayak 2025 serlah warisan etnik, tarik pelancong tempatan dan antarabangsa

MIRI – Karnival Gawai Dayak Tradisi 2025 berjaya menyerlahkan kekayaan budaya etnik Sarawak menerusi pelbagai pengisian warisan yang bukan sahaja menarik pengunjung tempatan, malah turut mendapat perhatian pelancong antarabangsa.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Datuk Amar Doughlas Uggah Embas berkata penganjuran karnival itu menjadi platform penting dalam memartabatkan jati diri masyarakat melalui pemerkasaan adat dan budaya.

“Karnival ini bukan sekadar sambutan musim menuai, tetapi juga satu usaha mengangkat tradisi seperti pakaian etnik, tarian ngajat, permainan rakyat, makanan tradisional dan hasil kraftangan sebagai tarikan pelancongan,” katanya ketika merasmikan karnival berkenaan di sini, semalam.

Beliau yakin penganjuran seperti ini mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi komuniti tempatan selain menyemai semangat perpaduan antara kaum dan generasi.

“Kita mahu generasi muda menghargai warisan budaya ini dan menjadikannya sumber kebanggaan bersama. Inilah kekuatan kita sebagai sebuah masyarakat majmuk,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Karnival merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau berkata, karnival berkenaan membawa semangat Segulai Sejalai dengan menyatukan pelbagai subetnik termasuk Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Kelabit, Lun Bawang dan lain-lain.

“Melalui acara ini, kita menggalakkan penglibatan generasi muda untuk terus mempelajari dan meneruskan legasi budaya. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi satu warisan yang hidup,” katanya.

Antara acara utama yang mencuri tumpuan ialah pertandingan 13 permainan tradisional etnik seperti Menyumpit, Menebar Jala Atas Kelapa, Batak Lampung, Tarik Tali dan Melontar Batu, selain aktiviti kraf tangan seperti menganyam tikar dan menyulam manik.

Karnival turut diserikan dengan pertandingan Datun Julut & Sape serta Miss Gawai Sarawak 2025, yang menampilkan peserta berbakat dari seluruh pelusuk negeri.

Karnival Gawai Dayak Tradisi 2025 sekali lagi membuktikan bahawa warisan etnik bukan sahaja memiliki nilai budaya yang tinggi, malah menjadi pemacu kepada pembangunan pelancongan dan ekonomi luar bandar.

Turut hadir memeriahkan karnival ialah barisan pemimpin negeri dan Persekutuan termasuk Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Stephen Rundi Utom; Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikie Tayai; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang; Timbalan Menteri Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Datuk Majang Renggi; Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala; serta Ahli Parlimen Baram, Datuk Anyi Ngau.

Related Posts

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

MUKAH – Perairan Mukah dipilih sebagai lokasi Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) Tahap 3 2026 yang menghimpunkan 160 peserta daripada 20 agensi bagi menguji kesiapsiagaan kecemasan maritim.  Latihan berskala besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

KUCHING – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan merakam video dengan niat mengaibkan kehormatan seorang wanita di Festival Makanan Kuching MBKS, pada Sabtu malam lalu.   Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang