Rina tegas nyatakan sokongan penuh pada Hajiji

TAWAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal tegas menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.

Rina berkata, hala tuju politik rakyat Sabah yang terbaik adalah menyokong hala tuju GRS.

“Ini bertujuan menetapkan suara orang Sabah agar terus dilontarkan untuk dilihat di peringkat persekutuan agar diberi perhatian sebab bagi saya apapun perjuangan politik yang penting keutamaan dan kebajikan rakyat negeri ini.

“Saya percaya ’empowering local party’ dalam GRS adalah hala tuju terbaik untuk orang-orang Sabah semua,” katanya kepada media selepas penyerahan lembu kepada Rejimen 516 Askar Wataniah Kem Kukusan, pada Jumaat.

Mengenai DUN Kukusan yang mendapat perhatian ramai ‘pelobi’, Rina berpendapat perkara sedemikian adalah normal dan menjadi kebiasaan setiap pilihan raya, bakal calon akan menunjukkan prestasi kepada pemimpin untuk melobi.

“Bagi saya sendiri, saya serah pada pucuk pimpinan atasan untuk pilih siapa calon mereka rasa sesuai untuk tadbir DUN Kukusan dan rasakan calon yang boleh bawa kemenangan pada GRS,” katanya.

Sementara itu, Rina berkata sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, 10 ekor lembu korban akan diagih kepada kem tentera, IPD Tawau dan masjid serta surau di DUN Kukusan.

“Lima daripada lembu itu kita peroleh daripada Sawit Kinabalau sebagai CSR mereka manakala lima lagi dari Pejabat ADUN Kukusan.

“Program Rendang Korban secara gotong-royong juga akan dilaksana di Kampung Sentosa Blok 5 di mana kita sasarkan 700 tapau rendang untuk diagih kepada asnaf dan mereka yang layak,” ujarnya.

Related Posts

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam