Jurutera rugi RM150,000 terpedaya tawaran kerja dalam talian

DALAT – Seorang jurutera lelaki tempatan berusia 30-an kerugian lebih RM150,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sebagai ejen jualan produk luar negara menerusi laman sesawang tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mangsa melayari laman sesawang eprice-better.com pada pertengahan April lalu ketika berada di tempat kerja sebelum berminat untuk menjadi ejen bagi produk antarabangsa yang dipaparkan di laman tersebut.

“Mangsa kemudiannya mendaftar sebagai ejen dan mula berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp. Suspek menjanjikan komisen lumayan hasil jualan yang berjaya dilakukan,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis. 

Ujarnya, mangsa yang mempercayai tawaran tersebut telah melakukan beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang diberikan suspek, dengan jumlah keseluruhan melebihi RM150,000.

Namun, jelas beliau lagi, apabila mangsa cuba mengeluarkan komisen yang dijanjikan, dia gagal berbuat demikian kerana suspek memberikan pelbagai alasan dan meminta bayaran tambahan.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas tidak menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan sehingga laporan polis dibuat,” katanya.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran kerja dalam talian yang menjanjikan pulangan besar dalam tempoh singkat

Related Posts

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut
  • AdenAden
  • September 12, 2026

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat yang melanda Cameron Highlands petang semalam mengakibatkan banjir kilat dan banjir lumpur di beberapa lokasi, selain kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan di sekitar Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude