Agong hargai usaha kerajaan dan penjawat awam tangani cabaran negara

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan para penjawat awam atas usaha gigih mereka dalam mengurus tadbir ekonomi serta pembangunan negara.

Baginda bertitah bahawa kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini merupakan bukti keupayaan serta kewibawaan kepimpinan negara dalam memperkukuh hubungan serantau dan antarabangsa.

“Walaupun terdapat pihak yang memandang rendah keupayaan Malaysia, segala cabaran dan rintangan berjaya diatasi melalui usaha gigih serta semangat kerjasama yang ditunjukkan, khususnya oleh penjawat awam,” titah baginda dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2025 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Turut berangkat, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama dalam istiadat tersebut ialah Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil serta barisan Jemaah Menteri yang lain.

Dalam titah baginda, Sultan Ibrahim turut mengingatkan para penjawat awam agar sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan mengamalkan prinsip kedua dalam Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

“Kesetiaan bukan bererti menyembah, sebaliknya bermaksud jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan, dan tidak mengkhianati negara serta kepercayaan rakyat,” titah baginda.

Baginda turut menegaskan bahawa penjawat awam perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik, bersikap berkecuali, serta mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.

“Pegawai kerajaan hendaklah memastikan setiap keputusan yang dibuat berpandukan kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan, bukan mengikut arahan orang politik.

“Setiap perbelanjaan kerajaan pula mesti dikawal dengan teliti dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh menteri atau Ahli Parlimen untuk meraih sokongan politik sehingga membebankan kewangan negara,” titah baginda lagi.

Sultan Ibrahim turut menyeru agar semua agensi penguat kuasa menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti supaya rakyat terus menaruh kepercayaan dan menghormati institusi beruniform di negara ini.

Related Posts

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam
  • AdenAden
  • September 5, 2026

IPOH – Seorang lelaki yang ditetak dengan parang hingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki, di sini pada Selasa lalu disyaki berpunca daripada dendam dan tidak puas hati terhadap mangsa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200