Mayat lelaki ditemukan terapung dekat pam pasir

KUANTAN – Mayat seorang lelaki berusia 58 tahun ditemui terapung oleh nelayan di kawasan pam pasir di Kampung Paya Pasir, dekat Maran, petang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 3.38 petang.

Katanya, dua pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama tiga jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

“Komander operasi melaporkan bahawa sebaik tiba di lokasi, didapati benar terdapat seorang mangsa lemas lelaki dewasa ditemui terapung di kawasan pam pasir di tempat kejadian.

“Pihak bomba dan polis menggunakan bot aluminium untuk mengambil mayat yang terapung serta tersangkut di timbunan kayu,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Tambahnya, operasi turut menghadapi kesukaran untuk menurunkan bot disebabkan keadaan kawasan berpasir mudah mendap.

“Mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan jam 8.01 malam,” katanya.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Outreach Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka