SPRM cadang lucut hak harta lebih RM2 bilion milik Daim

HAK pemilikan harta yang dianggarkan lebih RM2 bilion yang tidak diisytiharkan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin sedang dipertimbangkan untuk dilucutkan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, lapan kertas siasatan telah dibuka berdasarkan maklumat baharu yang diterima daripada agensi luar berkaitan harta pemilikan Daim serta keluarga dan proksi.

“Jadi maklumat terbaharu menunjukkan pemilikan aset arwah Tun Daim, keluarganya dan sekutunya tidak diisytiharkan kepada kami (SPRM) semasa siasatan yang kita jalankan pada 2023.

“Aset berkenaan sekiranya benar tidak diisytiharkan dan adalah satu kesalahan di bawah akta kami (Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009), walaupun dengan ketiadaan Tun Daim lagi kita akan mencadangkan untuk dilucut hak kepada kerajaan.

“Ia terpulang kepada Timbalan Pendakwa Raya sama ada bersetuju atau tidak tetapi kita ke arah itu sebenarnya,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Menjelaskan mengenainya, Azam berkata, pihaknya juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa luar negara seperti Switzerland dan United Kingdom berhubung bukti pemilikan aset bekas menteri kewangan itu.

Ditanya sama ada harta itu termasuk Menara Ilham yang dikatakan milik keluarga Daim, Azam tidak menyatakan secara tegas.

“Anda teka sendiri, tapi saya boleh katakan banyak aset, mencecah hingga RM2 bilion,” katanya.

Ketika ini menurut Azam, pegawai penyiasat sedang menyiapkan kertas siasatan dengan memanggil saksi bagi dipastikan sama ada harta tersebut diperoleh secara betul atau sebaliknya.

“Jadi, dalam kes ini saya telah memberi tempoh lebih kurang dua bulan kepada pegawai penyiasat untuk menyiapkan siasatan,” katanya.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

KAJANG – Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak kekal tidak berubah meskipun bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan bersyarat. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram