Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak bakal dibina di Jepak

BINTULU – Penduduk Jepak bakal menikmati kemudahan pendidikan bertaraf antarabangsa apabila Kerajaan Sarawak merancang untuk membina Yayasan Sarawak International Secondary School di kawasan Jepak New Township dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Anuar Rapaiee sebagai menjawab pertanyaan ADUN Jepak, Iskandar Turkee dalam persidangan DUN pada Selasa. 

Menurut kementerian, langkah itu sejajar dengan usaha Kerajaan Sarawak untuk memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang setara dengan piawaian antarabangsa di kawasan luar bandar.

“Sekolah ini akan menggunakan silibus International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang selaras dengan sekolah antarabangsa lain di seluruh dunia,” jelas kementerian itu dalam satu kenyataan bertarikh Mei 2025.

Dalam perkembangan lain,  prestasi cemerlang pelajar di Yayasan Sarawak International Secondary School Petrajaya turut menjadi penanda aras apabila mereka mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam ujian Cambridge Checkpoint Year 9 bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Bagi menjamin kelestarian dan kualiti pendidikan sekolah yang bakal dibina di Bintulu itu, kerajaan akan melaksanakan sistem pemantauan dan maklum balas secara berkala mengikut piawaian ditetapkan Cambridge University.

“Pelaksanaan mekanisme ini penting bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh serta memastikan pelajar di luar bandar turut mendapat pendidikan bertaraf global,” tambah beliau. 

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala