Cuaca tidak menentu cabaran utama projek Mikro-Alga di Sarawak

KUCHING – Perubahan cuaca yang tidak menentu dikenal pasti sebagai cabaran utama dalam pelaksanaan Projek Mikro-Alga di Sarawak.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni, ketidaktentuan cuaca memberi kesan kepada kitaran pertumbuhan mikro-alga, sekali gus memerlukan pemantauan rapi dan berterusan bagi memastikan produktiviti tidak terjejas.

Selain faktor cuaca, projek ini turut berdepan cabaran dari segi keperluan pelaburan teknologi tinggi seperti penggunaan sensor kecerdasan buatan (AI Sensor) bagi menggantikan tenaga manusia dalam proses penghasilan mikro-alga yang berkualiti.

“Cabaran lain adalah berkaitan usaha meningkatkan skala pengeluaran (up scaling) untuk memenuhi permintaan global terhadap bahan mentah bio atau bio-feedstock,” jelas beliau kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik.

Pada masa yang sama, kerajaan Sarawak turut menggalakkan syarikat dan individu tempatan di Sarawak untuk menceburi industri ini melalui pelaburan dalam penanaman dan penuaian mikro-alga serta pengekstrakan minyak mentah alga.

Menurut beliau, biojisim alga juga berpotensi besar dikembangkan bagi menghasilkan pelbagai produk bernilai tinggi seperti makanan haiwan, produk nutraseutikal dan farmaseutikal.

Namun, kerajaan Sarawak menegaskan skala ekonomi merupakan faktor penentu utama dalam memastikan sesuatu pelaburan dalam projek mikro-alga itu berdaya maju dan mampan.

Sebagai tambahan, kerajaan Sarawak menerusi SEDC Energy Sdn. Bhd. turut giat meneroka sumber alternatif lain sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF) selain mikro-alga.

Antara sumber berpotensi yang sedang dikaji ialah minyak masak terpakai, rumpai laut, sisa pertanian dan biojisim yang boleh dijadikan bahan asas kepada penghasilan SAF. 

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala