Polis tahan warga Indonesia lombong emas secara haram

JELI – Dua lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas disyaki melombong emas secara haram dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, kedua-dua suspek yang ditahan itu masing-masing berusia 30 dan 32 tahun.

“Turut dirampas dalam serbuan itu sebuah jengkaut, janakuasa dan mesin palong yang dipercayai digunakan untuk aktiviti melombong emas secara haram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut beliau, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Ujarnya, bagi kes melombong secara haram, polis menyerahkan kes terbabit kepada Pejabat Tanah dan Galian untuk tindakan selanjutnya.

Kamarulzaman memberitahu, semasa ditahan, kedua-dua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah termasuk permit menjalankan aktiviti perlombongan emas.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung