RPJ bantu penduduk B40 miliki kediaman sendiri

ISKANDAR PUTERI- Kerajaan Johor komited membantu penduduk negeri ini yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri meskipun terdiri daripada pelbagai kategori.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, jika sebelum ini, rata-rata penduduk yang mendapat bantuan memiliki kediaman sendiri adalah terdiri daripada penerima e-Kasih.

Bagaimanapun, melalui inisiatf baharu diperkenalkan iaitu Rumah Prihatin Johor (RPJ), ia menjadi projek pelengkap bagi golongan B40 di luar bandar yang tidak tersenarai dalam kumpulan e-Kasih.

“RPJ direka khas untuk rakyat Johor yang memiliki tanah sendiri tetapi tidak mampu memiliki rumah. Setiap unit berharga RM86,000 dengan subsidi RM30,000 ditanggung kerajaan, manakala penerima hanya perlu membayar RM56,000.

“Projek perintis rumah prihatin ini melibatkan 20 unit masing-masing di daerah Kulai dan Kluang. Pelaksanaannya akan diperluaskan ke daerah lain berdasarkan kejayaan projek awal itu,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sedili (BN-Muszaide Makmor) dan Adun Senggarang (BN-Mohd Yusla Ismail) dalam sidang Dewan Undangan Rakyat (DUN) hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Rumah Kasih Johor (RKJ) yang diperkenalkan sebelum ini merupakan program bantuan pembinaan rumah baharu secara percuma kepada golongan miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam sistem e-Kasih.

“Program ini menekankan kesejahteraan rakyat dengan memastikan mereka yang benar-benar memerlukan kediaman asas yang selesa dan selamat tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

“Setakat tahun 2023, sebanyak 50 unit sudah siap dan diserahkan. Bagi 2024, 120 unit masih dalam pembinaan, manakala 165 unit lagi dirancang untuk 2025, dan jumlah yang sama pada 2026, menjadikan sasaran keseluruhan 500 unit menjelang hujung 2026,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab isu kekurangan rumah mampu milik di beberapa kawasan, Mohd Jafni berkata, kerajaan negeri telah menggerakkan Task Force Perumahan melibatkan semua 10 daerah bagi mengenal pasti tapak berpotensi untuk pembangunan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Related Posts

IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

SANDAKAN – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sandakan mencatatkan 112 setakat pukul 3 petang, sekali gus meletakkan kawasan itu dalam kategori tidak sihat. Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelewatan Pan Borneo Fasa 1A libat pelbagai cabaran – Salleh

KOTA KINABALU – Kelewatan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A bukan berpunca daripada satu pihak sahaja, sebaliknya membabitkan pelbagai cabaran teknikal, pentadbiran dan kewangan, kata Ketua Merinyu Projek, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja

Parlimen bebas selepas 33 tahun, Azalina puji langkah Anwar

Parlimen bebas selepas 33 tahun, Azalina puji langkah Anwar

IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

  • By Fandi
  • October 15, 2026
IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

Kelewatan Pan Borneo Fasa 1A libat pelbagai cabaran – Salleh

Kelewatan Pan Borneo Fasa 1A libat pelbagai cabaran – Salleh

Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan

Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan

Cadangan mansuh syarat simpanan minimum RM15,000 haji dijawab di Dewan Rakyat

Cadangan mansuh syarat simpanan minimum RM15,000 haji dijawab di Dewan Rakyat