Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Ipoh

IPOH – Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun ditemui rentung di bahagian dapur rumahnya dalam kejadian kebakaran di Kampung Tebing Pasir Puteh, di sini, awal pagi Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.35 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kelas B berkeluasan 30 kaki x 40 kaki yang musnah hampir 90 peratus.

“Seorang lelaki warga emas ditemui rentung di bahagian dapur,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya lagi, ketua operasi menjalankan pemeriksaan awal (size-up) dan mengaplikasikan Konsep RECEO iaitu menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman serta pemeriksaan.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan menggunakan sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,” ujarnya.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 5.44 pagi.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff