Henti salah tafsir al-Quran untuk tujuan politik

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu (Intelek Terengganu) mendesak agar Akta Persekutuan dan Enakmen Negeri segera digubal bagi mengelak perbuatan menafsir ayat al-Quran mengikut selera politik tertentu dapat dihentikan.

Setiausaha Intelek Terengganu, Ahmad Nadhir Yob menerusi satu kenyataan berkata, penggubalan akta dan enakmen itu penting berikutan terdapat pihak tertentu membuat penafsiran ayat suci al-Quran tanpa mengikut disiplin yang muktabar.

“Sebagai contoh, ada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Terengganu yang berbuat demikian dan perbuatan individu ini tersebar secara meluas melalui laman sosial.

“Perkara ini perlu dipantau kerana ianya boleh mengelirukan rakyat, apatah lagi perbuatan itu dilakukan seorang ADUN daripada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam,” katanya.

Sebelum ini, video ADUN Sura, Tengku Muhammad Fakruddin Tengku Md Fauzi berucap dalam satu program parti itu pada 10 Mei lalu yang membaca ayat al-Quran dan seterusnya terjemahan untuk ayat berkenaan.

Namun, terjemahan itu dilihat seolah-olah cenderung untuk menarik perhatian hadiran menyokong perjuangan dibawa parti Pas dalam menegakkan prinsip keadilan dalam semua aspek kehidupan.

Justeru, Ahmad Nadhir meminta pihak berkuasa agama negeri Terengganu dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan perbuatan seumpama itu berulang.

“Penafsiran ayat al-Quran, hadis dan juga pengajaran agama Islam perlu dilakukan dengan cermat dan melalui rujukan yang sahih, bukannya membuat tafsiran mengikut selera individu atau kumpulan tertentu.

“Perbuatan ini tidak patut berlaku kerana ia dikhuatiri boleh menimbulkan perpecahan dan mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Jadi, penggubalan akta atau enakmen berkaitan perlu dilakukan supaya kita dapat menghalang perkara ini terus berlaku.

“Kita bimbang perkara ini akan memulakan sikap atau fahaman ekstremisme yang seterusnya boleh membawa kepada suasana tidak harmoni dalam negara kita,” katanya.

Related Posts

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

KUANTAN – PKR digesa menjalankan siasatan berhubung dakwaan penerima bakul makanan daripada Cabang Indera Mahkota telah didaftarkan sebagai ahli parti tanpa pengetahuan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Subang yang kini kosong susulan peletakan jawatan Wong Chen tidak akan diisi menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan malam tadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan