Program Bakti MADANI Subis 2025 perkasa komuniti, lonjak ekonomi luar bandar

SUBIS – Program Bakti MADANI (PBM) Subis 2025 yang berlangsung di Dewan Terbuka Sepupok, Niah semalam menjadi landasan penting untuk memperkasa komuniti luar bandar dan merangsang pembangunan ekonomi setempat.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Lukanisman Awang Sauni, yang menyifatkan program ini sebagai manifestasi komitmen kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak dalam menyalurkan manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Subis mempunyai potensi besar dalam bidang pertanian, pelancongan dan agromakanan. Kedudukannya yang strategik antara Miri dan Bintulu harus dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya dalam ucapan perasmian.

Menurutnya, tumpuan turut diberikan kepada pembangunan mampan dan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), termasuk penyempurnaan empat buah sekolah daif serta perancangan pembinaan beberapa kemudahan penting seperti Klinik Sepupok, Balai Polis Subis, Balai Bomba Bekenu dan Klinik Bekenu.

Beliau turut menyeru masyarakat agar merebut peluang mendapatkan maklumat secara langsung daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program berkenaan.

“Kerjasama dan sokongan semua amat penting bagi memastikan pembangunan Subis berjalan lancar dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat,” ujarnya.

Program turut diserikan dengan saringan kesihatan percuma, pameran oleh pelbagai agensi kerajaan serta penyerahan sumbangan di bawah Program Kasih Ihsan MADANI (i-Care4U) hasil kerjasama ICU JPM dan Pejabat Daerah Subis sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar