Anak gajah mati digilis lori di JRTB Gerik-Jeli, ibu setia menunggu

GERIK – Kasih seekor ibu gajah terhadap anaknya jelas terlihat apabila ia enggan berganjak dari lokasi kemalangan yang meragut nyawa anak jantannya selepas digilis sebuah lori muatan ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli, awal pagi Ahad.

Sejak kejadian sekitar jam 3 pagi itu, rakaman siaran langsung yang tular di media sosial menunjukkan gajah betina tersebut seolah-olah ‘meratapi’ pemergian anaknya dengan setia berada di sisi bangkai anaknya.

Video tersebut meraih perhatian orang ramai yang tersentuh hati melihat tindakan penuh kasih sayang si ibu, sekaligus menzahirkan rasa simpati dan duka terhadap insiden tersebut.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pihaknya menerima maklumat pada jam 3.30 pagi berhubung kematian seekor anak gajah akibat digilis lori.

“Sejurus menerima laporan, pasukan Perhilitan dari Perak dan Kelantan digerakkan ke lokasi kejadian. Anak gajah jantan yang maut itu dianggarkan berusia 5 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, ibu gajah yang dilihat tidak berganjak dari lokasi turut ditangkap oleh pasukan Perhilitan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kelangsungan operasi pemindahan.

“Ia terpaksa ditangkap kerana terus menunggu di sisi bangkai anaknya. Ibu gajah itu dianggarkan berusia antara 25 hingga 27 tahun,” katanya lagi.

Menurut Yusoff, proses pemindahan bangkai anak gajah serta pengurusan keselamatan laluan JRTB masih dijalankan ketika ini bagi membolehkan kenderaan melalui kawasan tersebut dengan selamat.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok