Penjawat awam cerminan kerajaan, perlu hayati nilai MADANI

KOTA KINABALU – Penjawat awam perlu menampilkan integriti, kecekapan dan semangat tanggungjawab tinggi kerana mereka merupakan tulang belakang kepada kejayaan pembangunan negeri dan pelaksanaan dasar kerajaan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tingkah laku serta layanan penjawat awam kepada rakyat mencerminkan imej dan sistem penyampaian kerajaan masa kini.

“Rakyat sedang memerhati. Tingkah laku, tutur kata dan layanan kita kepada rakyat mencerminkan sistem penyampaian kerajaan hari ini.

“Justeru, penjawat awam harus menjiwai prinsip-prinsip MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

“la bukan sekadar sebagai slogan, tetapi dalam akhlak dan budaya kerja,” katanya dalam Program Jelajah Taat Setia MADANI Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Jumaat.

Hajiji turut menyeru kepada 21,989 penjawat awam negeri dan 126,677 penjawat awam Persekutuan di Sabah agar menjadi pemudah cara kepada rakyat dalam menyampaikan maklumat dasar dan pelaksanaan inisiatif kerajaan.

“Sampaikan mesej kerajaan hingga ke akar umbi. Biar rakyat tahu bahawa kerajaan tidak hanya merancang tetapi melaksana banyak inisiatif pembangunan demi kesejahteraan negeri dan rakyat.

“Perkhidmatan yang diberikan mesti pantas, cekap, dan berintegriti,” katanya.

Jelasnya, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah membuahkan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat Sabah, termasuk Program MADANI Rakyat 2024: Sayangi Sabah yang menarik hampir 485,000 pengunjung.

Di peringkat negeri, Hajiji menegaskan kerajaan terus menyalurkan pelbagai bentuk bantuan, khususnya kepada golongan B40 dan pelajar, antaranya ialah Bantuan Pendaftaran IPT (BUDI), Bantuan Komputer (BAIK), dan subsidi penerbangan (GRS-SUBFLY) sebanyak RM600 kepada pelajar Sabah yang belajar di Semenanjung dan Sarawak.

“Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) sebanyak RM300; Pembinaan 3,000 unit Rumah Mesa SMJ bernilai RM250 juta dan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) melibatkan bantuan tunai RM300 sebulan bermula awal tahun sehingga akhir tahun kepada 100,000 Ketua Isi Rumah miskin dan miskin tegar di Sabah,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Hajiji turut menggesa seluruh rakyat Sabah untuk mengetepikan perbezaan politik dan terus mengukuhkan perpaduan demi kemajuan negeri.

“Kestabilan politik adalah asas kepada kemakmuran. Marilah kita bersama melangkah ke  hadapan dalam semangat solidariti, mengutamakan perpaduan dan pembaharuan komitmen untuk masa depan Sabah yang lebih gemilang,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

SEBERANG PERAI – Kerajaan sedang mengambil langkah drastik bagi memperbaiki tahap pasaran pekerjaan di negara ini sekali gus komited menyediakan pekerjaan alternatif susulan laporan isu kehilangan pekerjaan membabitkan seramai 7,057…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan penyusunan semula jentera pilihan rayanya apabila melantik Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerajui pengurusan pilihan raya parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid