Saya rasa MP Machang ada masalah mental – Sany

AHLI Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan membidas Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai tidak memahami dasar berbaik dengan semua negara yang diamalkan oleh Malaysia.

Mohd Sany bertanggapan Wan Ahmad Fayhsal tidak melihat dari pelbagai aspek mengenai kepentingan dalam pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

“Pada tanggapan saya, beliau kena lihatlah Malaysia ini bukan negara besar. Dari segi semua sudutlah, seperti ekonomi, ketenteraan, rakyat dan lain-lain.

“Jadi sebagai negara yang kecil dan negara dagang ini, kita kena berkawan dengan semua negara,” katanya kepada The Malaysia Press.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan tuduhan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap Perdana Menteri yang dikatakan tidak konsisten mengenai hubungan dagang Malaysia dan China.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, ketika memegang jawatan Anwar memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang dahulu begitu lantang mengkritik hubungan rapat pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan China.

Mohd Sany bekata, mungkin teguran Anwar kepada Najib melihat tahap kecenderungan Malaysia kepada China pada masa itu serta posisinya sebagai Ketua Pembangkang yang memainkan peranan sebagai semak dan imbang dalam negara.

“Tapi hari ini sebagai seorang Perdana Menteri, kita kena berkawan dengan semua negara lah. Sebab kita ni negara dagang yang mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara.

“Sebagai contoh, pendirian yang dibawa oleh Perdana Menteri dalam isu tarif ini, kita bukan bina permusuhan dengan AS dan masih ada lagi jalan rundingan, jalan perbincangan untuk menyelesaikan isu ini.

“Sebab itu pada saya lah, saya rasa dia ni ada masalah mental. Sebab itu saya nak mintalah Ahli Parlimen Machang ini kalau boleh pergi ke hospital kerana ada masalah mental,” katanya.

Rabu lalu, Anwar menegaskan China kekal sebagai rakan dagang paling penting Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan kekalutan sistem perdagangan global ketika ini susulan pelaksanaan tarif baharu oleh AS.

Perdana Menteri berkata, jalinan hubungan dengan China mempunyai kepentingan untuk rakyat, ekonomi serta pembangunan dan keutuhan negara secara keseluruhannya.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

Salah sah sertai Trabzonspor

Salah sah sertai Trabzonspor

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

Kemerdekaan sebenar dituntut melalui keharmonian dan perpaduan utuh

Kemerdekaan sebenar dituntut melalui keharmonian dan perpaduan utuh

PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik