Johor bantu 1,240 anak yatim piatu

JOHOR BAHRU – Program Anak Angkat Makmur Johor (AMJ) yang diperkenalkan sejak tahun 2022 telah berjaya membantu seramai 1,240 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu bapa akibat Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, data itu berdasarkan jumlah sehingga Disember lalu yang mana sasaran pada peringkat awal adalah seramai 1,200 anak yatim sahaja.

“Johor Bahru paling ramai berdaftar bawah program berkenaan berjumlah 448 orang. Diikuti Kulai (129), Muar (126), Batu Pahat (103), Kota Tinggi (99), Tangkak (92), Kluang (84), Pontian (78), Segamat (64) dan Mersing (17).

“Program ini mensasarkan 1,200 anak yatim atau yatim piatu yang kematian ibu atau ayah atau kedua-duanya atau penjaga akibat jangkitan Covid-19 di seluruh Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, program itu diharapkan dapat membantu meringankan beban dan tanggungan khususnya menampung kos perbelanjaan serta pendidikan dalam jangka masa pendek dan panjang.

Selain itu ujarnya, program berkenaan juga dapat mengurangkan keresahan waris dan keluarga tentang masa depan pendidikan khususnya anak yatim piatu terbabit.

Bentuk bantuan ditawarkan pula adalah mengikut situasi semasa antaranya bantuan wang tunai berjumlah RM100 sebulan kepada anak yatim dan yatim piatu hingga mereka tamat persekolahan.

“Terdapat juga bantuan tunai RM2,000 setahun kepada anak yatim piatu yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Selain itu turut diberikan bantuan simpanan pendidikan dan perlindungan insurans sehingga berumur 21 tahun khas untuk anak yatim piatu Covid19. Bantuan sokongan moral turut disediakan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, sebanyak 414,441 jumlah kes kumulatif Covid-19 direkodkan di Johor sehingga Januari tahun ini berbanding 405, 595 kes pada 6 Januari 2024.

Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak 4,770 kes kematian di seluruh Johor berbanding 4,767 kes kematian pada 6 Januari 2024.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran