Lebuh raya Karak dijangka sesak hingga malam ini

KESESAKAN aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka berterusan hingga malam ini, selepas cuti panjang sempena Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat ini, keadaan trafik di lebuh raya itu dari arah Lanchang ke Lentang masih tinggi dan pergerakan kenderaan juga perlahan.

“Pergerakan di Lebuhraya KLK masih sama dengan trafik tinggi dan padat, namun trafik menghala ke Tol Gombak untuk ke ibu kota lancar dan terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jurucakap itu turut memaklumkan buat masa ini, pergerakan trafik dari arah utara menuju ke ibu kota juga tinggi namun lancar.

“Secara keseluruhannya dari arah utara, trafik tinggi tetapi tidak sesak termasuklah di Pendang ke Sungai Petani, Permatang Pauh ke Perai, Gopeng ke Tapah dan Tanjung Malim ke Sungai Buaya,” katanya.

Beliau berkata, pergerakan kenderaan dari arah selatan pula seperti di Simpang Ampat ke Seremban juga terkawal, meskipun trafik tinggi.

“Di Lembah Klang pula, keadaan trafik setakat ini kelihatan sudah mula lancar setelah sedikit perlahan petang semalam akibat cuaca hujan,” katanya.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014