Ambil peluang beli barang keperluan ketika Jualan Makmur Aidilfitri

KUANTAN – Kerajaan Pahang memperuntukkan subsidi lebih RM1.1 juta bagi pelaksanaan program Jualan Makmur 2025 Kluster Perayaan Aidilfitri, sebagai usaha membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rakyat negeri ini perlu memanfaatkan peluang disediakan menerusi program itu.

“Harapan saya supaya rakyat negeri Pahang gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana bukan selalu kerajaan negeri dapat adakan Jualan Makmur (kluster perayaan).

“Kita buat sempena musim-musim perayaan dan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri.

“Hari ini sahaja kita tawarkan potongan harga sehingga 30 peratus dengan lebih 50 jenis barangan keperluan seperti bawang, beras, minyak, mi segera, buah-buahan, ayam, daging dan ikan disediakan di sini,” katanya ketika meninjau program itu di Laman Sejahtera Sungai Koyan, dekat Lipis.

Majlis turut disertai Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang.

Menurut Wan Rosdy, program itu menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang mengakui harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga semasa di pasaran.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada sahabat saya Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal pengguna.

“Program ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat, lebih-lebih lagi kita akan menyambut Aidilfitri dalam masa terdekat, kira-kira 10 hari dari sekarang,” katanya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam