Sultan Pahang titah jangan jauhi Al-Quran

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam kembali kepada al-Quran dengan memahami makna dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Baginda tidak mahu melihat umat Islam semakin menjauhi al-Quran ketika dihidangkan budaya asing yang melampau dan songsang.

“Janganlah kita terikut-ikut, janganlah kita menjadi bangsa yang buta terhadap sejarah dan pengajaran. Kembalilah kepada al-Quran.

“Sebagai ketua dan pelindung agama Islam di negeri ini, saya bukan sahaja menggalakkan, bahkan meraikan setiap usaha dalam membudayakan al-Quran di seluruh pelusuk negeri Pahang.

“Saya ingin melihat setiap keluarga di negeri ini menjadikan al-Quran sebagai keutamaan dalam pendidikan anak-anak mereka,” titah baginda pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, perasmian masjid baharu Kampung Sungai Puteri dan berbuka puasa di Rompin, semalam.

Al-Sultan Abdullah bertitah, umat Islam kini di ambang era mencabar, menghadapi pelbagai bentuk ancaman sama ada dalam bentuk pemikiran, akidah mahupun budaya.

“Jika generasi kita tidak berpaut teguh pada ajaran al-Quran dan sunnah, kita akan hanyut dalam arus globalisasi yang menggugat jati diri umat Islam.

“Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghayati satu hakikat yang tidak boleh kita persiakan bahawa generasi Islam yang unggul hanya akan lahir apabila mereka dididik dan diasuh dengan roh al-Quran.

“Generasi inilah yang kita dambakan, `jilul Quran’ generasi pewaris al-Quran yang akrab dengan wahyu Ilahi, menjadikan kalamullah sebagai pegangan dan pedoman dalam setiap langkah kehidupan mereka,” titah baginda.

Related Posts

Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

TAWAU – Belanjawan 2027 diharap dapat memberi tumpuan lebih besar kepada pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di Sabah selain mengekalkan serta menambah baik peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuk Sumbangan Asas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

PUTRAJAYA – Bedah siasat terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, mendapati punca kematian adalah trauma tumpul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

Jambatan Sejingkat jadi laluan alternatif, rancak ekonomi Samarahan-Kuching

Jambatan Sejingkat jadi laluan alternatif, rancak ekonomi Samarahan-Kuching

Penceramah motivasi ditahan semula selepas tamat reman kes terdahulu

Penceramah motivasi ditahan semula selepas tamat reman kes terdahulu