Hadiah Bahasa diwujudkan semula lepas 40 tahun

PUTRAJAYA – Hadiah Bahasa yang kali terakhir dianjurkan pada 1985 akan dihidupkan kembali, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program itu, kata Perdana Menteri, adalah inisiatif Public Bank Berhad (PBB) sebagai usaha memartabatkan Bahasa Malaysia serta menggalakkan perluasan penggunaan bahasa kebangsaan itu dalam kalangan masyarakat.

“Baru-baru ini saya mendapat persetujuan Public Bank. Semasa saya dalam kerajaan dulu, kita mulakan Hadiah Bahasa di peringkat universiti, peringkat kolej, sekolah menengah, sekolah rendah kebangsaan, kemudian sekolah Cina danTamil.

“Hadiah Bahasa untuk promosi bahasa dan saya ucap terima kasih kerana hadiah bahasa ini dihidupkan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa bersama wakil syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya, semalam.

Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Hadiah Bahasa bertujuan memberi penghargaan dan galakan kepada mereka yang aktif menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik, terutamanya dalam penulisan atau komunikasi.

Program ini membabitkan pertandingan atau penyertaan dengan menawarkan hadiah menarik kepada pemenang yang mempersembahkan kemahiran dalam bahasa kebangsaan.

Program ini juga cuba mendidik masyarakat lebih menghargai pentingnya bahasa kebangsaan dalam kehidupan seharian.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan