Puting beliung ‘serang’ Sekinchan

ANGIN puting beliung melanda Sekinchan telah mengejutkan penduduk sekitar Ban 1 dan Ban 2, Parit 4, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.35 pagi itu telah menyebabkan berpuluh rumah dan premis perniagaan mengalami kerosakan teruk, bumbung rumah diterbangkan angin kencang,

Beberapa gerai dan struktur bangunan turut mengalami kemusnahan akibat pusaran angin yang kuat.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan kejadian bermula dengan hujan lebat dan angin kencang, sebelum pusaran angin terbentuk dan mula menerbangkan objek di laluannya.

Difahamkan, angin kuat itu bergerak ke arah sawah padi berdekatan, menyebabkan beberapa bumbung rumah diterbangkan sebelum puting beliung beransur hilang.

Kenderaan yang berada di jalan raya terpaksa berhenti seketika bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Memetik Selangor Kini, anggota bomba dan pihak berkuasa tempatan tiba di lokasi bagi menilai kerosakan dan membantu penduduk yang terjejas.

Tiada kecederaan serius atau kehilangan nyawa dilaporkan, namun jumlah kerugian akibat bencana ini masih dalam siasatan.

Penduduk yang terkesan dinasihatkan untuk menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan pemulihan kediaman dan perniagaan mereka.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak