UAV taktikal pacu teknologi keselamatan negara

ARAU – Teknologi pesawat udara tanpa pemandu (UAV) taktikal kini menjadi faktor penting dalam memperkukuh keselamatan negara, dengan Unimap Holdings dan Nizra Industries menjalin usaha sama strategik bagi membangunkan UAV generasi baharu untuk operasi pertahanan dan pemantauan strategik.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Unimap Holdings, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan pertahanan negara, malah mengukuhkan daya saing Malaysia dalam industri teknologi keselamatan berasaskan automasi.

“UAV taktikal yang dibangunkan akan dilengkapi sistem kawalan lanjutan, keupayaan perisikan masa nyata serta teknologi kecerdasan buatan (AI), menjadikannya aset penting dalam meningkatkan keberkesanan operasi pemantauan dan pertahanan.

“Selain itu, projek ini turut membuka peluang kepada tenaga mahir tempatan, termasuk penyelidik dan pelajar Unimap, untuk terlibat dalam pembangunan UAV berteknologi tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, UAV ini akan digunakan dalam pelbagai aplikasi keselamatan, termasuk kawalan sempadan, pemantauan kawasan berisiko tinggi dan tindak balas bencana, sekali gus menyumbang kepada kestabilan negara.

Perjanjian kerjasama itu dimeterai antara Unimap Holdings dan Nizra Industries, yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Iruwan Nik Izani, dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman dan Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi, Akmal Zharif Ahmad Kamal.

Sementara itu, Nik Iruwan berkata, pihaknya menerusi Divisyen Robotik Nizra Industries akan membangunkan UAV taktikal dengan teknologi AI, UAV penjatuhan bom, UAV ‘switchblade’ serta sistem swarm UAV yang mampu beroperasi secara autonomi dalam misi pertahanan dan keselamatan.

“Pembangunan UAV ini selari dengan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara yang menekankan keperluan penyelesaian teknologi tinggi buatan tempatan bagi memperkukuh daya tahan keselamatan negara.

“Selain itu, usaha ini turut membuka potensi bagi Malaysia mengembangkan teknologi UAV di peringkat serantau, menjadikannya antara peneraju utama dalam inovasi keselamatan,” ujarnya.

Related Posts

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama Sabah menjelang Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027), sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu