PKR Sabah sokong cadangan PMX bekal elektrik ke Filipina melalui Sabah

KOTA KINABALU – PKR Sabah menyokong cadangan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membekalkan tenaga elektrik kepada Filipina melalui Sabah.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, bekalan tenaga elektrik itu dari Janakuasa Kitaran Gabungan Turbin Gas berkapasiti 500 megawatt (MW) di Miri serta tiga loji lain dengan kapasiti gabungan 1,500MW di Bintulu, Sarawak.

Menurutnya, cadangan tersebut langkah positif dalam memanfaatkan potensi sumber tenaga yang ada di Bintulu dan Miri untuk faedah bukan sahaja kepada negara malah negara jiran terutama di Mindanao.

“Inisiatif ini bukan sahaja dapat meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Filipina, malah memperkukuhkan kedudukan Sabah sebagai sebuah hab penting bagi tenaga di rantau ini.

“Dalam konteks ini, penggunaan gas asli sebagai sumber tenaga elektrik yang boleh dihantar melalui Sabah untuk memenuhi permintaan Filipina adalah langkah bijak, memandangkan kepentingan Sabah dalam memastikan sumber tenaga yang ada dimanfaatkan secara maksimum.

“Saya melihat cadangan ini turut berpotensi mewujudkan peluang ekonomi yang lebih besar untuk rakyat Sabah, terutamanya dalam sektor tenaga dan industri berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Tambahnya, pelaburan dalam infrastruktur penghantaran tenaga dan pembangunan sumber tenaga boleh memberi impak positif terhadap ekonomi Sabah melalui penciptaan peluang pekerjaan serta peningkatan kemahiran.

“Namun, saya mengingatkan bahawa seiring dengan usaha membekalkan tenaga elektrik kepada Filipina, kerajaan perlu memastikan manfaat kepada rakyat Sabah, termasuk aspek pembangunan infrastruktur, pembekalan tenaga yang mampan dan peningkatan taraf hidup diutamakan terlebih dahulu.

”Memandangkan timur Sabah termasuk jajaran Sipitang, Tenom, Pensiangan, Semporna, Tawau dan Kalabakan akan menerima limpahan ekonomi hasil penyaluran tenaga dalam kerangka Grid Tenaga ASEAN ini, dengan pendekatan yang holistik, cadangan ini dapat membawa manfaat besar kepada seluruh rakyat Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya,” ujarnya.

Terdahulu pada pertemuan Anwar dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong di Putrajaya, memberitahu bahawa menyokong sebarang langkah berkaitan ASEAN dan bercakap mengenai bukan sahaja lebih banyak hubungan perdagangan dan pelaburan, tetapi pautan infrastruktur termasuk Grid Kuasa ASEAN sepanjang Kepengerusian Malaysia pada 2025.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak