Kerajaan Sabah lulus Kg Iban, Kg Melati Burut diwarta jadi rizab perkampungan

KALABAKAN – Kerajaan Sabah meluluskan permohonan tanah perkampungan iaitu Kampung (Kg) Iban Merotai dan Kg Melati Burut untuk diwartakan sebagai rizab perkampungan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, perkara itu diluluskan berikutan penduduk kampung menunggu permohonan mereka sejak sekian lama.

“Kita telah meluluskan permohonan tanah di Kg Iban Merotai tadi hampir 100 keluarga, kedua di Kg Burut Melati kerana permohonan tanah mreka yang telah berpuluh tahun menunggu diluluskan. 

“Sebagai kerajaan prihatin, kita telah beri kelulusan kepada pemohon tanah ini.

“Saya juga meluluskan membina dewan serba guna di Kampung Merotai Besar dengan peruntukan sebanyak RM2 juta,” katanya kepada media selepas Program Sambutan Tahun Baru Cina 2025 bersama Anak Merotai anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) di Dewan Terbuka Dato Sri Najib Merotai, pada Ahad. 

Hajiji turut mengumumkan kelulusan pemasangan lampu solar di sepanjang jalan dari Jambatan Putih hingga ke Sungai Udin, Merotai dengan peruntukan RM1.9 juta yang akan dipasang April atau Mei tahun ini. 

Turut diumum adalah pembukaan Pekan Baharu Merotai di Kijang Point yang menempatkan 100 unit rumah dua tingkat dan 16 unit kedai yang sudah siap dibina oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) serta Perkasa Reality.

Jelas Hajiji, kerajaan kini mengambil langkah proaktif dalam memberi jaminan  penyelesaian masalah air yang berlaku sejak sekian lama. 

“Kita ada peruntukan dan Inshaa Allah kalau mereka telah memilih kontraktor, jadi boleh dilaksanakan dalam masa trdekat kerana ini keperluan asas yang perlu penyelesaian. 

“Bukan saja di Tawau, Sebatik tapi Sandakan dan Kota Kinabalu pun kita ada peruntukan untuk menyelesaikannya. 

“Masalah ini dari dulu tapi kita dapat peruntukan RM300 juta dari kerajaan Persekutuan dan dari Kerajaan Negeri juga untuk kita naik taraf loji kita kerana menjadi keutamaan, keperluan rakyat,” katanya. 

Sementara itu, Presiden PHRS, Tan Sri Datuk Liew Yun Fah menyambut baik pengumuman Hajiji dan menyifatkannya sebagai keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Merotai. 

“Kita selalu lihat pembangkang katakan itu beragenda, tapi ini menunjukkan kerajaan aktif untuk rakyat kerana saya kenal Hajiji sebagai seorang pemimpin yang banyak bekerja dan mengutamakan rakyat. 

“Oleh itu, saya menyeru pada rakyat agar terus menyokong kerajaan negeri dan bersama untuk pembangunan selain tidak membiarkan pemimpin kita difitnah. 

“Kita perlu seiring Ketua Menteri untuk menjadikan impian GRS menjadi kenyataan di seluruh negeri ini,” tambahnya. 

Pada program itu, Hajiji menyerahkan surat tawaran tanah daripada Jabatan Tanah dan Ukur kepada 42 penerima dari Kg Iban, Merotai serta ‘angpao’ kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas. 

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui; Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Ahli Dewan 

Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal dan ADUN Balung, Datuk Hamild Awang.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK