Renewar Band johan Pertandingan Juara Kugiran 2025 anjuran DBKK

KOTA KINABALU – Renewar Band dinobatkan sebagai johan Pertandingan Juara Kugiran 2025 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 berserta piala dan
sijil.

Naib johan pula dimenangi Borneo Inside Group (BIG) manakala A Force Band di tempat ketiga.

Pemenang naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM800 beserta trofi dan sijil.

Dalam pada itu, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata acara tahunan yang memasuki edisi ketiga ini menjadi platform bagi bakat-bakat tempatan untuk menonjolkan kreativiti dan kebolehan mereka dalam industri seni muzik.

“Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat baharu dalam kalangan anak-anak muda tempatan malah turut mempromosikan industri muzik Kota Kinabalu yang semakin berkembang.

“Pertandingan ini merupakan satu platform penting dalam memperkasakan seni muzik tempatan serta membantu menjana pendapatan dalam kalangan penggiat seni,” katanya sempena ucapan perasmian Pertandingan Juara Kugiran 2025 di sini pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan), Faradillah Abdul Rani.

Acara ini juga bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu menjadikannya lebih bermakna dalam usaha menyemarakkan budaya seni di bandar raya ini.

Tambah beliau, penganjuran pertandingan ini turut memainkan peranan dalam mengeratkan hubungan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan komuniti setempat.

“Kami ingin memastikan Kota Kinabalu terus berkembang sebagai sebuah bandaraya yang progresif, dinamik dan berbudaya,” ujarnya lagi.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok