Larangan tubuh anak syarikat oleh agensi kerajaan langkat tepat kurangkan pembaziran, perlu dilaksana segera

PUTRAJAYA – Larangan penubuhan anak syarikat baharu oleh agensi kerajaan tanpa kelulusan pihak tertinggi membantu mengurangkan pembaziran dan memastikan sumber negara digunakan secara optimum.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, tindakan terbabit dilihat sebagai usaha yang proaktif dari kerajaan dan keperluan dilaksana secara holistik dalam memastikan kecekapan pengurusan kewangan serta tadbir urus yang lebih telus dalam sektor awam. 

Sehuhungan itu, menurut beliau, pihaknya berharap agar langkah-langkah terbabit dilaksanakan dengan segera dan dipantau secara berkala.

“MCW menyokong penuh langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung larangan penubuhan anak syarikat baharu oleh agensi kerajaan tanpa kelulusan pihak tertinggi.

“Keperluan tindakan terbabit dilaksana dengan kadar segera untuk memastikan matlamat reformasi tercapai,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Dalam pada itu, Jais berkata, penyeragaman agensi kerajaan dan rasionalisasi badan berkanun yang dicadangkan adalah langkah yang tepat.

“Tindakan itu dilihat ke arah memperkukuh institusi kerajaan. 

“Kami juga menyeru semua pihak untuk memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan agenda transformasi ini demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri menegaskan bahawa mana-mana agensi kerajaan tidak lagi boleh menubuhkan anak syarikat tanpa kelulusan peringkat tertinggi.

Anwar berkata, ia penting kerana terlalu banyak syarikat berkaitan kerajaan yang mencatatkan kerugian besar.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengakui membatalkan syarikat yang gagal bukan tugas mudah, namun ia perlu dilakukan demi reformasi institusi negara.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET