Tema ‘United by Unique’ tekan keperluan iktiraf pengalaman unik pesakit kanser

PENAMPANG – Tema Hari Kanser Sedunia 2025, ‘United by Unique’ menekankan keperluan untuk mengiktiraf pengalaman unik setiap pesakit kanser.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Jannie Lasimbang, pada tahun ini menandakan 25 tahun sejak pemeteraian Piagam Paris menentang kanser yang disambut pada setiap 4 Februari setiap tahun.

“Tema ‘United by Unique’ menekankan keperluan untuk mengiktiraf pengalaman untuk setiap pesakit kanser dan kepentingan menyampaikan penjagaan berpusatkan rakyat serta penyediaan penjagaan kesihatan, keluarga dan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Jannie sebagai insan yang pernah menghidap kanser berkata sokongan fizikal dan mental daripada orang sekeliling adalah satu harapan besar bagi setiap pesakit kanser.

“Pada tahun 2021 ketika negara masih lagi dalam suasana COVID-19, saya disahkan mengidap kanser payu dara dan memulakan proses rawatan seperti kimoterapi, radioterapi dan pembedahan.

“Saya rasa bertuah kerana mendapat sokongan fizikal dan mental yang kuat daripada ahli keluarga dan kawan-kawan ketika dalam proses rawatan.

“Sokongan mental dan rawatan yang konsisten sangat penting bagi pesakit kanser, oleh itu pencegahan dan rawatan awal sangat penting bagi membantu dalam mengurangkan bilangan kes dan kematian,” kongsinya.

Beliau berkata semua pihak perlu berganding bahu untuk memerangi penyakit kanser yang telah merangut 1.5 juta nyawa di rantau Asia Tenggara seperti yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2022.

“Memandangkan perjuangan menentang kanser berterusan, adalah jelas bahawa usaha semua pihak sangat diperlukan.

“Kerajaan, penyedia penjagaan kesihatan dan komuniti mesti bekerjasama, untuk menangani peningkatan kejadian kanser dan memastikan semua orang tanpa mengira latar belakang atau lokasi mereka, mempunyai akses kepada penjagaan dan rawatan yang mereka perlukan,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi usahanya sebagai ADUN dalam memerangi kanser dengan mengadakan banyak program bersama pelbagai pihak di seluruh Sabah.

“Tahun lalu, saya telah banyak membuat program bersama dengan NGO, Wanita DAP dan komuniti dalam memastikan kesedaran dan pencegahan awal, terutama tentang kanser payudara dan pangkal rahim, bukan saja di Penampang tetapi di seluruh Sabah.

“Kami telah memberikan saringan untuk kanser payudara dan HPV PCR untuk kanser pangkal Rahim,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar