Penduduk KKIP pohon JHEAINS pertimbang solat Jumaat

SEPANGGAR – Umat Islam khususnya penduduk di Taman Salut Perdana memohon pertimbangan agar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk mengadakan solat Jumaat di Surau Al-Mustafa Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) V19.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, kawasan itu kini telah mencapai lebih 500 penduduk umat Islam dan dilihat sesuai untuk melaksanakan solat Jumaat.

“Kita di Pejabat Parlimen Sepanggar banyak menerima permohonan daripada kawasan terutamanya yang telah dibenarkan mengadakan solat Jumaat semasa pandemik COVID-19 selain ada beberapa lokasi yang saya fikir perlu dipertimbangkan oleh pihak JHEAINS dan juga Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“Sebagai contoh di surau ini kerana dimaklumkan surau di kawasan ini saja lebih kurang 500 penduduk Islam dan yang paling dekat adalah Masjid Politeknik, namun saya dikhabarkan tidak dapat menampung jemaah yang agak ramai.

“Oleh itu, saya fikir perlu dipertimbangkan oleh JHEAINS supaya surau ini dapat dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan saya akan cuba tulis surat kepada pengarah JHEAINS untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya kepada media pada Majlis Khatan beramai-ramai di Surau Al-Mustafa KKIP, pada Rabu.

Terdahulu, permohonan yang disuarakan Pengerusi Surau Al-Mustafa KKIP V19, Ahmad Zuhardi Hussain memaklumkan permohonan bagi menunaikan solat Jumaat di Surau itu sebelum ini telah disuarakan, bagaimanapun belum mendapat kelulusan.

Mengulas mengenai Majlis Khatan berkenaan, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, seramai 72 kanak-kanak sekitar kawasan Parlimen Sepanggar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai menyertai program tahunan itu sempena cuti sekolah.

“Tahniah kepada jawatankuasa surau yang telah memberi kerjasama yang amat baik bersama Parlimen Sepanggar untuk mengadakan program ini,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, Mustapha turut menyampaikan sumbangan bantuan barangan asas kepada 40 asnaf.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok