Projek solar lebih pesat menerusi CRESS

PUTRAJAYA – Kerajaan optimis pembangunan projek tenaga solar di negara ini akan pesat berkembang menerusi Program Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) .

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, ini berikutan dasar baharu itu akan meningkatkan akses syarikat swasta khususnya dalam pembekalan elektrik hijau apabila urusan berkaitan hanya membabitkan dua pihak iaitu pembekal dan pembeli tanpa terikat lagi dengan dasar lama.

Katanya, semua pihak termasuk kerajaan negeri boleh membangunkan zon ekonomi baharu solar menerusi program berkenaan tanpa dibayangi kerenah birokrasi.

“Dasar ini selaras pelan peralihan tenaga negara, dari segi dasarnya sudah diubah selepas kerajaan memperkenalkan CRESS yang membolehkan membekal (menjual) atau mendapat (membeli) bekalan elektrik secara terus.

“Sebelum ini mungkin ada masalah kerana untuk ladang solar membekalkan tenaga elektrik kepada grid memerlukan kuota selain perlu tunggu projek Solar Berskala Besar (LSS) dan sebagainya,” katanya selepas sesi libat urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi Kedah di Alor Setar, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan sudah mempermudahkan keseluruhan proses tanpa birokrasi rumit dan kemudahan itu boleh diaplikasi di peringkat negeri.

“Kalau Kedah ada 202.35 hektar tanah dan ada syarikat mahu bangunkan ladang solar, tak perlu lesen atau perlu dapatkan kuota lagi, hanya perlu dapatkan pembeli dan penjual.

“Contohnya, pembeli dari Kulim High Tech Park yang perlukan tenaga hijau, maka hanya perlu ada perjanjian antara dua pihak berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, zon baharu solar kelak akan diuruskan kerajaan negeri kerana ia membabitkan penggunaan tanah yang juga di bawah bidang kuasa negeri.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia