Op Pedo: 40,000 bahan lucah ditemukan, 13 lelaki dari 6 negeri disiasat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 13 lelaki disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, turut ditemukan 40,000 CSAM dan pornografi dewasa menerusi Op Pedo bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di enam negeri, semalam.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu berumur antara 20 hingga 74 tahun.

Menerusi Op Pedo, sebanyak 18 pasukan terlibat terdiri pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Bahagian Bantuan Teknikal (D6) dan Makmal Forensik Polis (D10) Bukit Aman dan kontinjen, serta pegawai SKMM.

Polis turut merampas tujuh set komputer, 11 telefon bimbit, sembilan router, tujuh modem dan masing-masing satu komputer riba, DVD dan hard disk.

13 kertas siasatan dibuka dan kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan memiliki bahan lucah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu