Pencarian MH370 diteruskan dengan prinsip ‘no find, no fee’

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pencarian bangkai pesawat MH370 itu akan melibatkan satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Menurut Loke, pencarian bangkai pesawat tersebut adalah berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’, yang bermaksud, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat ini sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui.

“Lokasi kawasan pencarian baharu yang dicadangkan oleh Ocean Infinity adalah berasaskan kepada maklumat serta analisis data terkini yang telah dibuat oleh pakar-pakar dan penyelidik.

“Cadangan operasi pencarian oleh Ocean Infinity ialah cadangan yang kukuh dan wajar diteliti oleh Kerajaan Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat MH370,” katanya dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan, di sini, hari ini.

Jelas Loke, pihak Kementerian Pengangkutan juga sedang merunding terma dan syarat perjanjian dengan syarikat Ocean Infinity yang dijangka akan dimuktamadkan pada awal tahun 2025 dan kontrak perjanjian tersebut akan tamat selepas 18 bulan.

“Kerja-kerja pencarian bangkai pesawat tersebut dijangka akan bermula sejurus selepas kontrak dimuktamadkan dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

“Biasanya di kawasan perairan tersebut, masa yang sesuai adalah di antara bulan Januari hingga April jadi kita cuba memuktamadkan perjanjian dengan kadar segera dan sejurus selepas kontrak ditandatangani maka mereka akan memulakan pencarian,” katanya.

Tambah Loke, berdasarkan perjanjian terdahulu, sekiranya bangkai pesawat tersebut dijumpai, kerajaan masih lagi perlu membayar kos sama seperti yang dijanjikan iaitu sebanyak 70 juta US dolar.

“Keputusan prinsip ini adalah manifestasi komitmen Kerajaan dalam memastikan operasi pencarian diteruskan dan memberikan penutup bagi keluarga waris penumpang pesawat MH370,” katanya.

Pesawat MH 370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 selepas 38 minit terputus hubungan dengan menara kawalan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula