COMMUNITY@SCORE perkasa 10 usahawan Kapit dan Mukah

KAPIT – Program COMMUNITY@SCORE yang diterajui oleh Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) dengan kerjasama Press Metal Sarawak Sdn Bhd dan Press Metal Bintulu Sdn Bhd berjaya memperkasa 10 usahawan tempatan di Mukah dan Kapit.

Menurut kenyataan rasmi Recoda, inisiatif ini merupakan sebahagian aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan pembangunan komuniti selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

“Melalui usaha ini, program ini menyediakan sumber dan alat penting untuk membantu pemilik perniagaan kecil berkembang maju sekali gus menyemarakkan pemerkasaan ekonomi di seluruh Sarawak.

Tambah kenyataan, acara ini dijalankan di Kapit melalui Upper Rajang Development Agency (URDA) di bawah RECODA.

“Enam usahawan yang terlibat dalam bidang jahitan, sulaman, dan kraf manik menerima peralatan perniagaan yang penting untuk meningkatkan operasi mereka dan meluaskan capaian pasaran.

“Selain itu, bekalan membuat manik juga diberikan kepada Biro Wanita Rh Dennis Langok, memastikan manfaat program ini turut dirasai oleh komuniti yang lebih luas, terutama golongan wanita luar bandar.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong perniagaan individu tetapi juga mendorong kelangsungan tradisi kraf tempatan.

“Di Mukah, program ini membantu lima usahawan bakeri dan seorang nelayan pantai dengan menyediakan peralatan penting untuk pertumbuhan perniagaan mereka.

Jelas kenyataan, peralatan yang disediakan membolehkan golongan usahawan meningkatkan keupayaan pengeluaran dan meluaskan rangkaian pasaran mereka.

“Seterusnya, mereka mampu menyumbang secara lebih signifikan kepada ekonomi serantau.

Kerjasama antara RECODA, Press Metal Sarawak Sdn. Bhd dengan Press Metal Bintulu Sdn. Bhd menonjolkan dedikasi bersama untuk memperkasa komuniti dan pembangunan lestari.

Melalui COMMUNITY@SCORE, organisasi ini menyumbang secara bermakna kepada kemajuan sosioekonomi Sarawak sekali gus memperkukuh hubungan dengan pihak berkepentingan tempatan.

Inisiatif ini memastikan pertumbuhan dan pembangunan tidak hanya tertumpu pada sektor industri tetapi juga dikongsi dengan komuniti yang lebih luas terutama luar bandar.

Related Posts

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

MIRI– Sarawak menyasarkan pewujudan antara 39,000 hingga 48,750 peluang pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang tahun 2030 bagi memenuhi keperluan industri teknologi yang semakin berkembang. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ