ZTE Corporation komited labur RM200 juta untuk teknologi 5G Malaysia

PUTRAJAYA – Malaysia berpotensi menjadi hab digital serantau apabila ZTE Corporation – antara gergasi telekomunikasi terkemuka global – menyatakan komitmen melabur RM200 juta bagi memperkukuhkan pembangunan teknologi 5G di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ciapan di platform sosial X, memaklumkan beliau semalam menerima kunjungan hormat delegasi ZTE Global diketuai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Xu Ziyang.

“Perbincangan menyentuh peranan 5G sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang berupaya mengangkat Malaysia menjadi hab inovasi, bandar pintar, dan teknologi generasi akan datang.

“ZTE turut menyatakan hasrat untuk meningkatkan infrastruktur kesalinghubungan luar bandar serta merapatkan jurang digital miskin bandar, ke arah pembangunan inklusif,” katanya.

Sejak bertapak di Malaysia pada 2004, ZTE memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan ekosistem digital negara, termasuk melalui inovasi teknologi 5G yang diperkukuhkan dengan kecerdasan buatan (AI).

Ini terbukti apabila ujian kepantasan 5G dijalankan mencatat kelajuan luar biasa sebanyak 28Gbps, satu pencapaian global.

Related Posts

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab membela diri atas pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

KUCHING – Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) membuat satu laporan polis berhubung penularan klip video di platform TikTok yang memaparkan tindakan biadab seorang individu memijak bendera Sarawak baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KGBS saran pendekatan kreatif jayakan PdPR tanpa bebankan guru dan murid

KGBS saran pendekatan kreatif jayakan PdPR tanpa bebankan guru dan murid

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

  • By Ithma
  • August 20, 2026
Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang