Mangsa banjir kini 73,390 babitkan 7 negeri

KUALA LUMPUR – Situasi banjir di seluruh negara terus memburuk terutama di Kelantan sehingga awal pagi ini.

Jumlah keseluruhan mangsa kini mencecah 73,390 orang daripada 22,699 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

Sebanyak 493 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka untuk menampung mereka yang terjejas.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan menjadi negeri yang paling teruk terjejas yang mencatatkan sejumlah 59,187 mangsa daripada 18,457 keluarga terlibat dan ditempatkan di 221 PPS.

Antara daerah yang terjejas Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai, Bachok, Pasir Puteh, Kota Bharu, Machang, Jeli dan Gua Musang.

Manakala Terengganu mencatatkan sejumlah 11,727 mangsa daripada 3,415 keluarga terlibat yang kini ditempatkan di 233 PPS.

Sementara itu Kedah pula, sejumlah 1,920 mangsa melibatkan 661 keluarga ditempatkan di 30 PPS melibatkan lima daerah terjejas iaitu Kubang Pasu, Sik, Pokok Sena, Padang Terap dan Kota Setar.

Negeri Sembilan mencatatkan sejumlah 150 mangsa daripada 43 keluarga terlibat yang kini ditempatkan di sebuah PPS di Kuala Pilah.

Perak pula mencatatkan 69 mangsa daripada 22 keluarga di daerah Batang Padang dan Kerian di 2 PPS.

Sementara itu di Selangor mencatatkan 21 mangsa daripada 5 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di daerah Klang.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula