37,189 mangsa banjir di 6 negeri – PM

KUALA LUMPUR – Seramai 37, 189 mangsa banjir direkodkan di enam negeri terjejas membabitkan 11,385 keluarga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, enam negeri terkesan dengan banjir ketika ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.

“Setakat jam 9.32 pagi tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 mangsa membabitkan 11,385 keluarga di enam negeri.

“Sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di keenam-enam negeri setakat ini,” kata Anwar di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menurut beliau daripada jumlah keseluruhan itu, Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi membabitkan 30,582 orang yang melibatkan 9,223 keluarga.

” 157 PPS telah dibuka di sembilan daerah di Kelantan,” ujar Perdana Menteri.

Justeru kata Anwar di bawah Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nadma telah diarah untuk memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri untuk memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir dan penduduk di kawasan terkesan menjadi keutamaan tertinggi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) November 2024 hingga Mac 2025.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok