Tiada hasrat tuntut Kuala Lumpur, Selangor hormati perjanjian 1974

SELANGOR tidak berhasrat menuntut kembali Kuala Lumpur bagi menghormati perjanjian penyerahan yang ditandantangani pada Februari 1974.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perjanjian berkenaan tertakluk kepada dua syarat iaitu keberadaan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dan kedudukan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

“Belum boleh lagi (tuntut Kuala Lumpur). Kita tunggu mana-mana pemimpin mahu alih Parlimen, dan kita boleh memohon semula Kuala Lumpur sebagai daerah kembali ke Selangor,” katanya di Sidang DUN Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan wakil rakyat Bukit Gasing, R Rajiv berhubung cadangan mengambil semula Kuala Lumpur sebagai sebahagian projek Lembah Klang Raya.

Bagi pelaksanaan projek Lembah Klang Raya, Amirudin menjelaskan persempadanan dijangka melibatkan radius lima hingga 10 kilometer bagi memenuhi desakan pembangunan.

Jelasnya, perbincangan sedang dilaksana dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa bagi menyelaras pentadbiran yang perlu dilengkapkan bersama.

“Kita akan cuba tengok radius lima hingga 10km daripada sempadan kita di Ampang, Gombak, Cheras, Kajang dan Petaling. Mungkin kita boleh selaraskan pembangunan kerana ada keperluan,” katanya.

Amirudin menambah, ketika ini Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) sedang melaksana kerja pengukuran yang akan disusuli dengan perjanjian bersama.

“Kita telah sampai tahap proses pengukuran yang dibuat Jupem. Selepas proses itu diluluskan, baru kita tandatangani perjanjian dan muktamadkan sempadan Kuala Lumpur dan Selangor.

“Cuma kita mahu elakkan (sempadan) melintasi dapur rumah, beranda rumah, termasuk premis tertentu. Kita akan cuba jelaskan sempadan,” katanya.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah