Kesedaran rakyat Perlis terhadap kitar semula makin meningkat – SWCorp

KANGAR – Kesedaran penduduk terhadap kepentingan kitar semula dan alam sekitar di negeri Perlis menunjukkan hasil yang semakin memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed berkata, program Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS) berjaya mendidik pelajar sejak dari peringkat awal sekali gus memupuk budaya kitar semula dalam kehidupan seharian.

“Tahun ini, PerKISS melibatkan penyertaan 41 sekolah di Perlis dengan jumlah kutipan lebih 42,514 kilogram barangan kitar semula. Kejayaan ini membuktikan pelajar dan warga sekolah semakin sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

“Inisiatif ini juga mencatat kejayaan bersejarah apabila wakil sekolah dari Perlis berjaya mara ke peringkat kebangsaan buat pertama kali sejak program ini dimulakan,” katanya.

Tambahnya, ia merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan dan memberi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk lebih aktif menyokong usaha kitar semula.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Apresiasi Pembudayaan Kitar Semula Peringkat Negeri Perlis di sini hari ini.

Menurut Khalid, selain pendidikan di sekolah, SWCorp turut melaksanakan Drive-Thru Recycle Centre (DTRC) di dua lokasi iaitu Pasar Awam Sena dan Pasar Awam Arau.

“Sejak mula beroperasi, DTRC berjaya meningkatkan jumlah kutipan barangan kitar semula dari 104 tan pada 2021 kepada 408 tan pada tahun ini, menunjukkan tahap kesedaran masyarakat yang semakin meningkat.

“Kerjasama strategik SWCorp bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) menerusi Program Amal Jariah Melalui Barangan Kitar Semula turut menyumbang kepada kesedaran masyarakat,” jelas Khalid.

Katanya, melalui program itu, sebanyak 42 tan barangan kitar semula berjaya dikumpul daripada 101 masjid di Perlis dan hasil kutipan ini menjadi sumber pendapatan tambahan untuk pembangunan masjid.

Katanya lagi, program komuniti seperti Taman InspirasiKu yang melibatkan kawasan perumahan di Perlis turut membantu memupuk budaya kitar semula dalam kalangan masyarakat setempat.

“Kerjasama holistik ini penting untuk memastikan usaha melestarikan alam sekitar terus mendapat sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat.

“Kami yakin dengan kesedaran yang semakin meningkat ini, negeri Perlis mampu menyumbang kepada sasaran kadar kitar semula kebangsaan sebanyak 40 peratus menjelang 2025,” katanya.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil