Usul singkir Israel: Suara Malaysia cermin kekecewaan pelanggaran hak asasi manusia

MALAYSIA menjadi suara penting dalam menghantar mesej kuat mengenai pendirian komuniti antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan berkemungkinan mampu mengubah pendapat umum serta hubungan diplomatik terhadap Israel.

Ini berikutan langkah berani apabila negara menyediakan satu draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang antara lain mencadangkan agar Israel disingkir sebagai anggota pertubuhan itu sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang, hukum serta isu melibatkan negara Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkata draf resolusi itu sedang dalam proses rundingan dan dijangka dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB untuk kelulusan dalam masa terdekat.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Dan Felo di Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), Profesor Madya Dr Ratnaria Wahid berpendapat bahawa walaupun usul penggantungan Israel dari PBB mungkin tidak berlaku disebabkan kuasa veto Amerika Syarikat (AS), tekanan berterusan melalui tindakan kolektif ini boleh memberi kesan jangka panjang terhadap cara Israel berinteraksi dengan badan-badan antarabangsa dan mempengaruhi dasar domestiknya.

“Dengan kata lain, jika usul Malaysia untuk mengasingkan Israel mendapat sokongan global, ia berpotensi untuk membawa perubahan besar dalam landskap geopolitik dunia.

“Salah satu kesan yang mungkin berlaku adalah pembentukan koalisi yang lebih besar antara negara-negara yang menentang dasar Israel dan mendukung hak-hak Palestin.

“Ini boleh mencetuskan perubahan dalam cara negara-negara lain memandang Israel dan mendorong mereka untuk mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap negara tersebut,” katanya ketika dalam kenyataan kepada The Malaysia Press.

Sementara itu, Ratnaria berkata, langkah penyingkiran ini juga berpotensi untuk menghidupkan semula perbincangan mengenai reformasi PBB khususnya berkaitan dengan cara badan dunia ini mengawal tingkah laku negara anggota dan campur tangan dalam isu pelanggaran hak asasi manusia.

Tambahnya, walaupun begitu, usaha ini juga boleh meningkatkan ketegangan antara negara-negara yang menyokong Israel dan negara-negara yang mendesak tindakan tegas terhadapnya, yang berkemungkinan akan merumitkan hubungan diplomatik di masa hadapan.

Beliau sekali menegaskan bahawa inisiatif Malaysia untuk mengusulkan langkah ini mencerminkan kekecewaan yang semakin mendalam terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan dan keinginan untuk menegakkan undang-undang antarabangsa.

“Walaupun menghadapi tentangan yang kuat, terutama daripada Amerika Syarikat, usaha ini menunjukkan bahawa dunia kini semakin menuntut pertanggungjawaban dari negara-negara yang terlibat dalam penindasan.

“Keputusan akhir terhadap usul ini masih belum pasti, namun ia  jelas menekankan pentingnya tindakan berani dan tekad dalam memperjuangkan keadilan dan pertanggungjawaban demi perubahan yang bermakna,” katanya.

Related Posts

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR