Gohillians Robotic naib juara WRG Singapura

KUANTAN – Pasukan Gohillians Robotic dari Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Bukit Goh, di sini muncul naib juara pada pertandingan World Robot Games (WRG) 2024 di Nanyang Polytechnic, Singapura pada 6 hingga 8 November lalu.

Kejayaan itu sangat membanggakan kerana pasukan berkenaan adalah antara pasukan yang baru ditubuhkan dan mampu mencabar pasukan lain yang lebih berpengalaman.

Penyelaras yang juga guru pasukan, Wan Mohd Hairi Wan Hassan, berkata pada pencapaian Gohillians Robotic itu bukan sahaja membanggakan pihak sekolah, pada masa sama turut mengharumkan nama Felda.

“Pasukan kami ke Singapura selepas berjaya menewaskan 80 sekolah Felda dari seluruh negara ketika hari peneroka Felda Kebangsaan baru-baru ini,” katanya.

Gohillians Robotic dianggotai Muhammad Syauqi Mohd Sidek, 11; Muhammad Wazif Qaid Abu Zalrifari Ikram, 11 dan Iman Muhammad Zafri Zamrizal, 12.

Pencapaian pasukan itu diraikan pengurusan Felda di menara Kuantan 188, Isnin lalu.

Majlis berkenaan dihadiri Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam dan Pengarah Felda Wilayah Kuantan, Dr Mohd Syaiful Hassan.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan